Peranan Israel harus dibuang ![]() Menurutnya, kebencian kepada kekejaman yang dilakukan Israel harus dibuktikan dengan menidakkan peranan negara itu dalam pentadbiran negara yang sebelum ini dikatakan berlindung di belakang syarikat penasihat. “Pembatalan serta merta kontrak Apco tidak boleh dilakukan oleh kita rakyat biasa. Ia hanya boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dan kebencian kepada kekejaman Israel harus dibuktikan dengan menidakkan peranan Israel dalam urusan negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Dalam kejadian Isnin lalu, kapal yang membawa 700 aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara diserang Komando Laut Israel mengakibatkan 19 maut, manakala 30 lagi cedera. Dalam pada itu, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri berkata, tindakan rakyat berdemonstrasi ke kedutaan Amerika Syarikat kelmarin merupakan satu langkah yang tepat untuk mempamerkan respons dan kemarahan ke atas tindakan yang tidak berperikemanusiaan Israel. “Namun, selepas Kedutaan Amerika, tidak selesai demo bantahan ini jika kita tidak lanjutkan ke depan pejabat Perdana Menteri. Menaja syarikat dari Israel sama dengan menaja Israel. Bermakna, tangan kita telah terpercik darah saudara kita yang tertindas,” katanya. Dalam pada itu Husam berkata, cubaan mengenakan tindakan menggantung dewan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membongkar isu Apco harus ditarik balik. “Jika tidak, Israel mentertawakan kita. Baru beberapa bulan Apco diterima menjadi penasihat negara kita, kita sudah bersedia mengorbankan anak watan kita sendiri demi Israel. “Kita marahkan Amerika. Tapi jangan lupa, kalau kita sendiri gagal membetulkan tindakan Putrajaya, apa sangat yang hendak kita harapkan dari Amerika, apa lagi Israel?” katanya. |
Thursday, June 3, 2010
Hapuskan israel!!!
Posted by Aedly @- Del ly at 3:28 AM 0 comments
Friday, May 28, 2010
penghinaan..Hentikan!!
Subhanallah..SeSunGuhnya Dari ALLAH kita datng dan Kepada ALLAH jua tempat kita kembali...
Rnung-renungkan lah...
Posted by Aedly @- Del ly at 1:09 AM 0 comments
Tuesday, March 23, 2010
ChallengGe!!!
Salam...
PerrGghh,,dh lame kawe x update block...ye laa sblm nie g kursus HSBB INDUCTION PROGRAMME kt TMtc taiping...(1-18 mac 2010)..Akhirnya slps 3 minggu training..aku dpost kan kat JRC (Jln RAJA Chulan) SNOC- Switching Network Operation Center.kena cover satu M'sia..included sabah,swak..
Tp kena keje syif..nk bt camner kan,...demi mencari sesuap nasi yg Halal & menempuh idup yg penuh cabaran nie ..terpaksa laa truskan jgak..,& aku percaya jika kita keje dgn seIkhlas ati & penuh integriti..sesuatu yang menanti besar ganjarannya..X lupa jgk kepada kedua ibubapa & family yg telah bnyak supported dr sume side...
& kepada rakan2 yg mengenali diri ini, secara langsung & x lansung.. Terimalah sedikit/secebis/se...kata semangat @ perangsang di kala diri tersepit/ tertekan dgn bebanan kerja dari ku..:
We Are 1...?
PASSION to WIN..
SUPPORT each Other..
CHALLENGE!!!..
Posted by Aedly @- Del ly at 8:58 PM 0 comments
Saturday, February 20, 2010
TM FA CUP...Kedah Bernasib Baik.....
Posted by Aedly @- Del ly at 4:27 PM 0 comments
Wednesday, February 10, 2010
Too Tired...
Semalam,,sehari suntuk kt Menara TM Jln Bangsar...pg terbiew kt sane....
x tahu laa dpt ker x..? kalu ader rezeki insyallah dpt..
tp kena fikir masak2 la plk...
Nak cari keje skang ni bukn senang...
tmbah2 lg zaman skang nie..punyalah susah,,,
Tp kita kena berusaha & bertawakal...
iyelaa kalu x keje nk makan aper..ek//!
Apa2 pun wish m luck
Posted by Aedly @- Del ly at 3:41 PM 0 comments
Wednesday, February 3, 2010
Ummm..Renungan bersama.. ('',
Hari nie dh masuk lebih kurang seminggu lebih dh aku berada kt SMK Paloh Gua Musang nie..
mula2 susah jgk nk sesuaikn diri kt sini..yelaa maklumlah suasana br laa katakn..Tp, lama kelamaan aku yakin aku akn membiasakan diri dengan keadaan di tempat baru nie..
Jarak di antara K.Bharu dgn Paloh >= 140 km...mengambil mase lbh kurang 2 jam lebih jgk laa perjalanan..
kalu sejam lebih jah..May B aku ulang-alik dari Umah (KB) ke sini...
Yang paling penting sume cikgu2, staff,student kt sini baik2 belaka...Tentang makanan plk x yah risau..sb mkan kt sini lebih kurang kt KB..Ader cikgu lelaki yg masak macam Hotel gitu tiap2 malam..So, aku join laa sekali..
Demi mencari rezeki yg halal & utk sesuap nasi aku yakin,pasti, confirm bahawa rezeki ade di mana-mana jea...kita hanya perlu berusaha..& bersyukur apa yang kita akan dapat & dapat...Tanpa usaha nescaya rezeki tidak akan datang bergolek-golek..So, tepuk dada tanya selera..Adakah kita masih di takuk lama @ berusaha untuk mengubah nasib diri kita kpd yg lebih baik dan baik lagi..
Sama-samalah kita renungkan bersama..rencana yg x seberapa ini aku tuliskan untuk diriku sendiri supaya tak mudah lupa diri tentang siapa kita ?.. dan untuk mengingati setiap detik,saat dan waktu bahawa dunia nie di pinjam kan kpd diri kita sementara saje..
Posted by Aedly @- Del ly at 12:42 AM 0 comments
Sunday, January 24, 2010
RataHan Kedua Pasukan Dari SelaTan Oleh PaHlawan MeraAh!!!..Lebah GaGGal Sengat The Red Warrior..
B.Sathianathan dilihat membuat beberapa rombakan barisan kesebelasan utamanya, dan seperti di war-warkan, Halim Napi diturunkan selaku penjaga gol utama bagi menggantikan Syed Adney yang direhatkan bagi memulihkan kembali semangat pemain itu selepas insiden melakukan kesilapan "budak sekolah" yang membawa padah kepada pasukan. Syed Adney sendiri mengakui beliau masih tertekan dengan keadaan itu selain dicemuh oleh penyokong dan tindakan merehatkan beliau untuk sementara waktu adalah satu tindakan yang wajar agar beliau dapat kembali beraksi dengan lebih cemerlang.
Di bahagian pertahanan, B. Sathianathan mengekalkan gandingan Azizi Mat Rose dan S.Subramaniam di bahagian pertahanan tengah sementara Dausu Jamaludin beraksi di posisi pertahanan kanan. Tempat Farisham di pertahanan kiri diambil alih oleh Zairul Fitri. Di bahagian tengan, gandingan Shakir dan Piya ditagih untuk menjana serangan pasukan dibantu oleh ketua pasukan Indra Putra di bahagian sayap kiri. Kembalinya Norfarhan dari kecederaan, beliau kembali merampas posisi sayap kanan dari S.Chanthuru dan beraksi cemerlang pada malam itu. Di bahagian serangan, B.Sathianathan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha bergandingan dengan Hairudin Omar.
Bermulanya separuh masa pertama, Kelantan melakukan serangan seawal minit pertama dengan lorongan Hai-O gagal disambar Norshahrul. Tidak berputus asa, Kelantan meneruskan asakan demi asakan ke pintu gol Johor FC yang dikawal oleh G.Jeevanatham, dan akhirnya Kelantan berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-18 melalui rembatan Norshahrul Idlan Talaha berpunca dari lontaran kedalam Azizi Mat Rose. Keadaan kelam kabut itu diambil kesempatan oleh Norshahrul untuk mudak menolak masuk bola ke gawang Johor FC. Tersentak dengan itu, Johor FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-19 jaringan Mohd Riduan Muin hasil gerakan cantik serangan balas ke kubu Kelantan yang dikawal Halim Napi. Sejurus itu, Kelantan terus menerus melancarkan serangan ke gawang Johor FC namun gagal mencari gol.
Pada masa kedua, Kelantan terus mengasak kubu Johor FC, dan hasilnya, Azizi Mat Rose meletakkan Kelantan dihadapan melalui satu tandukan cantik hasil "set-piece" dari Piya. Tidak cukup dengan itu, Kelantan terus mengasak dan sekali lagi melaui "set-piece" Piya, mengakibatkan keadaan kelam kabut di pintu gol Johor FC dan Indra Putra berjaya menyudahkan peluang yang terhidang. Selepas mendahului selesa 3-1, B.Sathianathan mengeluarkan Norshahrul Idlan Talaha digantikan S.Chanthuru dan Khairan Eroza mengantikan Shakir Shaari. Kemasukan S.Chanturu merancakkan lagi serangan pasukan "The Red Warriors" dan hasilnya larian cantik S.Chanthuru yang melorongkan bola kepada Norfarhan berjaya disudahkan Norfarhan untuk gol ke-4 bagi melengkapkan malam gemilang pasukan "The Red Warriors". Kemenangan itu, secara tidak langsung menggembirakan lebih 18,000 penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pasukan. Kehadiran penyokong yang penuh etika, patut dipuji dengan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Tan Sri Annuar Musa ternyata gembira dengan aksi cemerlang pasukan "bintang" The Red Warriors dan kemenangan itu mengembalikan keyakinan penyokong terhadap pasukan. Mengulas mengenai ketiadaan Syed Adney dalam pasukan, Tan Sri berkata ; "Syed Adney direhatkan buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada Syed untuk memulihkan kembali semangatnya. Syed masih penjaga nombor satu pasukan. Kembalinya Halim Napi adalah untuk menguatkan lagi pasukan. Tiada beza antara penjaga gol nombor satu, dua dan tiga, kesemua mereka perlu bersaing untuk merampas posisi selaku penjaga gol utama pasukan. Ini secara tidak lansung mewujudkan persaingan sihat dalam pasukan untuk merebut posisi."
Diminta mengulas keseluruhan perlawanan, B.Sathianthan berkata ; "saya berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pasukan yang berjaya mengutip mata penuh. Walaubagaimanapun, persembahan pasukan masih belum mencapai apa yang diimpikan. Masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Gol-gol yang dihasikan pada malam ini berpunca dari "set-piece" dan hanya satu gol melalui gol padang iaitu jaringan Farhan." Bila diminta mengulas prestasi Halim Napi di posisi penjaga gol, beliau berkata ; "Dengan melepaskan satu gol dan tidak menyelamatkan satu pun percubaan, saya tidak boleh katakan Halim Napi bermain dengan baik kerana beliau tidak diuji oleh barisan serangan Johor FC." Baginya, kembalinya Halim Napi kedalam pasukan berjaya memberi keyakinan moral kepada pasukan untuk kembali beraksi dengan baik. Syed Adney pula beraksi cemerlang untuk 3 perlawanan sebelumnya tetapi oleh kerana sedikit kesilapan, ianya membawa padah kepada pasukan dan menimbulkan kemarahan penonton. Beliau terpaksa direhatkan buat sementara waktu bagi memulihkan semangat untuk kembali beraksi.
Kelantan bermain lebih baik berbanding Johor FC. Segala percaturan kami tidak menjadi. Kelantan juga dibantu oleh penyokong yang cukup ramai dan membuat pasukan rasa gemuruh"
Posted by Aedly @- Del ly at 1:09 AM 0 comments