BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 24, 2010

RataHan Kedua Pasukan Dari SelaTan Oleh PaHlawan MeraAh!!!..Lebah GaGGal Sengat The Red Warrior..

B.Sathianathan dilihat membuat beberapa rombakan barisan kesebelasan utamanya, dan seperti di war-warkan, Halim Napi diturunkan selaku penjaga gol utama bagi menggantikan Syed Adney yang direhatkan bagi memulihkan kembali semangat pemain itu selepas insiden melakukan kesilapan "budak sekolah" yang membawa padah kepada pasukan. Syed Adney sendiri mengakui beliau masih tertekan dengan keadaan itu selain dicemuh oleh penyokong dan tindakan merehatkan beliau untuk sementara waktu adalah satu tindakan yang wajar agar beliau dapat kembali beraksi dengan lebih cemerlang.
Di bahagian pertahanan, B. Sathianathan mengekalkan gandingan Azizi Mat Rose dan S.Subramaniam di bahagian pertahanan tengah sementara Dausu Jamaludin beraksi di posisi pertahanan kanan. Tempat Farisham di pertahanan kiri diambil alih oleh Zairul Fitri. Di bahagian tengan, gandingan Shakir dan Piya ditagih untuk menjana serangan pasukan dibantu oleh ketua pasukan Indra Putra di bahagian sayap kiri. Kembalinya Norfarhan dari kecederaan, beliau kembali merampas posisi sayap kanan dari S.Chanthuru dan beraksi cemerlang pada malam itu. Di bahagian serangan, B.Sathianathan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha bergandingan dengan Hairudin Omar.
Bermulanya separuh masa pertama, Kelantan melakukan serangan seawal minit pertama dengan lorongan Hai-O gagal disambar Norshahrul. Tidak berputus asa, Kelantan meneruskan asakan demi asakan ke pintu gol Johor FC yang dikawal oleh G.Jeevanatham, dan akhirnya Kelantan berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-18 melalui rembatan Norshahrul Idlan Talaha berpunca dari lontaran kedalam Azizi Mat Rose. Keadaan kelam kabut itu diambil kesempatan oleh Norshahrul untuk mudak menolak masuk bola ke gawang Johor FC. Tersentak dengan itu, Johor FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-19 jaringan Mohd Riduan Muin hasil gerakan cantik serangan balas ke kubu Kelantan yang dikawal Halim Napi. Sejurus itu, Kelantan terus menerus melancarkan serangan ke gawang Johor FC namun gagal mencari gol.
Pada masa kedua, Kelantan terus mengasak kubu Johor FC, dan hasilnya, Azizi Mat Rose meletakkan Kelantan dihadapan melalui satu tandukan cantik hasil "set-piece" dari Piya. Tidak cukup dengan itu, Kelantan terus mengasak dan sekali lagi melaui "set-piece" Piya, mengakibatkan keadaan kelam kabut di pintu gol Johor FC dan Indra Putra berjaya menyudahkan peluang yang terhidang. Selepas mendahului selesa 3-1, B.Sathianathan mengeluarkan Norshahrul Idlan Talaha digantikan S.Chanthuru dan Khairan Eroza mengantikan Shakir Shaari. Kemasukan S.Chanturu merancakkan lagi serangan pasukan "The Red Warriors" dan hasilnya larian cantik S.Chanthuru yang melorongkan bola kepada Norfarhan berjaya disudahkan Norfarhan untuk gol ke-4 bagi melengkapkan malam gemilang pasukan "The Red Warriors". Kemenangan itu, secara tidak langsung menggembirakan lebih 18,000 penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pasukan. Kehadiran penyokong yang penuh etika, patut dipuji dengan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.


Tan Sri Annuar Musa ternyata gembira dengan aksi cemerlang pasukan "bintang" The Red Warriors dan kemenangan itu mengembalikan  keyakinan penyokong terhadap pasukan. Mengulas mengenai ketiadaan Syed Adney dalam pasukan, Tan Sri berkata ; "Syed Adney direhatkan buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada Syed untuk memulihkan kembali semangatnya. Syed masih penjaga nombor satu pasukan. Kembalinya Halim Napi adalah untuk menguatkan lagi pasukan. Tiada beza antara penjaga gol nombor satu, dua dan tiga, kesemua mereka perlu bersaing untuk merampas posisi selaku penjaga gol utama pasukan. Ini secara tidak lansung mewujudkan persaingan sihat dalam pasukan untuk merebut posisi."

Diminta mengulas keseluruhan perlawanan, B.Sathianthan berkata ; "saya berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pasukan yang berjaya mengutip mata penuh. Walaubagaimanapun, persembahan pasukan masih belum mencapai apa yang diimpikan. Masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Gol-gol yang dihasikan pada malam ini berpunca dari "set-piece" dan hanya satu gol melalui gol padang iaitu jaringan Farhan." Bila diminta mengulas prestasi Halim Napi di posisi penjaga gol, beliau berkata ; "Dengan melepaskan satu gol dan tidak menyelamatkan satu pun percubaan, saya tidak boleh katakan Halim Napi bermain dengan baik kerana beliau tidak diuji oleh barisan serangan Johor FC." Baginya, kembalinya Halim Napi kedalam pasukan berjaya memberi keyakinan moral kepada pasukan untuk kembali beraksi dengan baik. Syed Adney pula beraksi cemerlang untuk 3 perlawanan sebelumnya tetapi oleh kerana sedikit kesilapan, ianya membawa padah kepada pasukan dan menimbulkan kemarahan penonton. Beliau terpaksa direhatkan buat sementara waktu bagi memulihkan semangat untuk kembali beraksi.

Kelantan bermain lebih baik berbanding Johor FC. Segala percaturan kami tidak menjadi. Kelantan juga dibantu oleh penyokong yang cukup ramai dan membuat pasukan rasa gemuruh"

0 comments: