BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 14, 2010

Cerita Bola ... Malaysia Super League ..KElate Vs Johore

Kota Bharu, 13 JAN 2010 - Kelantan mancatat kemenangan pertama dalam pertemuan TM Liga Super 2010 dengan membenam cabaran Johor 3-0. Dengan menyenaraikan kesebelasan yang sama ketika bertemu Terengganu, pasukan Kelantan dilihat mendominasi perlawanan. Seawal minit ke-2, Akmal Rizal Rakhli meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Johor. Gol itu berpunca dari gerakan cantik Badri Radzi yang ternyata beraksi cemerlang pada malam ini. Tersentak dengan gol awal Kelantan, Johor cuba bangkit dengan mengatur beberapa serangan balas namun barisan pertahanan Kelantan yang diketuai Azizi Mat Rose beraksi cemerlang dengan menidakkan segala serangan dari Johor. Selepas mendahului 1-0, pasukan Kelantan dilihat memperlahankan tempo permainan. Kesilapan-kesilapan pemain pasukan Kelantan dalam melakukan hantaran dilihat menjadi punca tempo permainan sedikit perlahan. Diminit-minit akhir separuh masa pertama, larian cantik Akmal Rizal disekat oleh penjaga gol Johor yang dilihat menjatuhkan Akmal Rizal dengan memegang kaki penyerang Kelantan itu. Namun, pengadil menafikan penalti yang sepatutnya dimiliki oleh pasukan Kelantan.




Pada separuh masa kedua, B.Sathianathan memasukkan penyerang bawah 23 tahun kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bagi menggantikan S.Chanturu. Kemasukan Norsharul dilihat mengubah tempoh permainan dan menambah sengat di bahagian serangan. Hasilnya, Kelantan memperoleh gol kedua pada minit ke-49 hasil "volley" menarik dari bekas ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi. Badri ternyata beraksi cemerlang apabila sekali lagi gerakan beliau berjaya disudahkan oleh Indra Putra Mahyudin untuk gol ketiga Kelantan pada minit ke-57.



Selepas itu, permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun deretan peluang gagal disudahkan oleh barisan serangan kedua-dua pasukan. Kemenangan mutlak berjaya diraih oleh pasukan yan bergelar "The Red Warriors" dengan 3 mata penuh diraih di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Kemenangan ini ternyata menggembirakan lebih 20 ribu penyokong yang hadir ke stadium yang tidak henti-henti meberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

0 comments: