BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 23, 2010

ChallengGe!!!

Salam...
PerrGghh,,dh lame kawe x update block...ye laa sblm nie g kursus HSBB INDUCTION PROGRAMME kt TMtc taiping...(1-18 mac 2010)..Akhirnya slps 3 minggu training..aku dpost kan kat JRC (Jln RAJA Chulan) SNOC- Switching Network Operation Center.kena cover satu M'sia..included sabah,swak..

Tp kena keje syif..nk bt camner kan,...demi mencari sesuap nasi yg Halal &  menempuh idup yg penuh cabaran nie ..terpaksa laa truskan jgak..,& aku percaya jika kita keje dgn seIkhlas ati & penuh integriti..sesuatu yang menanti besar ganjarannya..X lupa jgk kepada kedua ibubapa & family yg telah bnyak supported dr sume side...

& kepada rakan2 yg mengenali diri ini, secara langsung & x lansung.. Terimalah sedikit/secebis/se...kata semangat @ perangsang di kala diri tersepit/ tertekan dgn bebanan kerja dari ku..:

We Are 1...?
PASSION to WIN..
SUPPORT each Other..
CHALLENGE!!!..

Saturday, February 20, 2010

TM FA CUP...Kedah Bernasib Baik.....



"Aduh!!! seri 1-1 berat doh ni sek kito" itulah antara luahan kedengaran di penghujung perlawanan ketika mengharapkan jaringan gol The Red Warriors pada sisa masa tambahan. Namun apakan daya nasib tidak menyebelahi skuad The Red Warriors untuk meneruskan kecemerlangan musim lepas pada musim ini. Kelayakan ke perlawanan akhir Piala FA terpaksa dilupakan seperti hampanya pasukan dan penyokong Arsenal dan Manchester United untuk merangkul kejuaraan piala FA pada tahun ini.
Teknik hantaran jauh perlu ditukar kerana setelah melihat beberapa siri perlawanan pemain kita kurang keserasian dalam memanfaatkan teknik ini. Kebijaksaan dalam situasi kotak gol hampir tidak diguna pakai oleh semua pemain. The Red Warriors perlu cepat mengatasi kemarau gol di kalangan pemain bertaraf bintang kerana boleh dikatakan kesemua pemain bintang masih belum menunjukkan hasil yang memuaskan untuk pelaburan hebat ini. Kehebatan jaringan pada musim lepas seolah-olah hilang bersama kekalahan pada musim lepas. Dengan waktu rehat  awal yang mencukupi pada bulan ini sebelum perlawanan TM Liga Super 2010 kembali pada bulan Mac ketua jurulatih dan pemain perlu mengubah cara dan taktik yang ada kerana telah menunjukkan kelemahannya. Pemain-pemain simpanan lain perlu dicuba kerana setelah melihat kelincahan Rizal Fahmi bermakna lebih ramai pemain simpanan perlu diberi peluang walaupun mungkin menganggap jangan mencari nahas, Adakah perlu diberi terus peluang pemain yang tidak mengeluarkan hasil daripada mencuba pemain yang mungkin mengeluarkan hasil?. Setelah melihat situasi muka ketua jurulatih dan Presiden tadi, dapatlah ditafsirkan hamburan kata-kata semangat sudah diluahkan oleh pihak pengurusan kepada pemain. Stastistik perlawanan keseluruhan amat baik cuma nasib tidak menyebelahi kita dan ramai penyokong mempertikaikan mutu pengadilan pada malam ini. Peluang The Red Warriors hanya tinggal pada 2 piala utama sahaja pada tahun ini iaitu Piala TM Liga Super dan Piala Malaysia, mungkin nasib The Red Warriors akan sama dengan nasib Negeri Sembilan pada tahun lepas yang kempunan Piala FA tetapi berjaya merangkul piala Malaysia 2010, sama-sama kita saksikan dan skuad The Red Warriors perlu membuktikan mengapa para penyokong mesti memenuhi stadium.
Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua penonton yang berjaya mengawal emosi mereka dengan baik dan tiada kejadian yang tidak diingini pada malam ini, walaupun berlaku sedikit provokasi keatas pengadil dan ketua jurulatih tadi  dalam keadaan masih terkawal. Balingan objek dan mercun bukan lagi menjadi tradisi penyokong kami, Lihatlah dunia, Lihatlah Malaysia kami telah berubah menjadi lebih profesional dan kami sayangkan bolasepak negeri kami. Mungkin di dada-dada akhbar akan penuh kritikan dan tohmahan serta slot-slot yang terdapat sedikit kesalahan ditayangkan atau dipaparkan berulang-ulang dan diperbesarkan. Setelah itu menutup segala perubahan ke arah kebaikan yang ditunjukkan oleh keseluruhan penyokong  The Red Warriors malam tadi. Selain itu sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan, Polis dan pihak-pihak yang terbabit kerana berjaya menjaga keamanan dengan baik di kawasan stadium. Tahniah kepada Kedah.
Ucapan sms yang terpilih:
"Kami kecewa tetapi tidak bermakna kami menyerah kalah dan membiarkan stadium kami kosong serta dibiarkan pasukan tanpa penyokong,  kami adalah penyokong sejati, pedulikan kekalahan tetapi kami amat berharap kebangkitan dan kemenangan....buktikan kepada kami ketua jurulatih dan pemain yang dipilih adalah yang terbaik untuk kami sokong" petikan dari sistem pesanan ringkas yang bernama Penampar Jepun


Wednesday, February 10, 2010

Too Tired...

Semalam,,sehari suntuk kt Menara TM Jln Bangsar...pg  terbiew kt sane....
 x tahu laa dpt ker x..? kalu ader rezeki insyallah dpt..
 tp kena fikir masak2 la plk...

Nak cari keje skang ni bukn senang...
tmbah2 lg zaman skang nie..punyalah susah,,,
Tp kita kena berusaha & bertawakal...
iyelaa kalu x keje nk makan aper..ek//!

Apa2 pun wish m luck

Wednesday, February 3, 2010

Ummm..Renungan bersama.. ('',

Hari nie dh masuk lebih kurang seminggu lebih dh aku berada kt SMK Paloh Gua Musang nie..
mula2 susah jgk nk sesuaikn diri kt sini..yelaa maklumlah suasana br laa katakn..Tp, lama kelamaan aku yakin aku akn membiasakan diri dengan keadaan di tempat baru nie..

Jarak di antara K.Bharu dgn Paloh >= 140 km...mengambil mase lbh kurang 2 jam lebih jgk laa perjalanan..
kalu sejam lebih jah..May B aku ulang-alik dari Umah (KB) ke sini...

Yang paling penting sume cikgu2, staff,student kt sini baik2 belaka...Tentang makanan plk x yah risau..sb mkan kt sini lebih kurang kt KB..Ader cikgu lelaki yg masak macam Hotel gitu tiap2 malam..So, aku join laa sekali..

Demi mencari rezeki yg halal & utk sesuap nasi aku yakin,pasti, confirm bahawa rezeki ade di mana-mana jea...kita hanya perlu berusaha..& bersyukur apa yang kita akan dapat & dapat...Tanpa usaha nescaya rezeki tidak akan datang bergolek-golek..So, tepuk dada tanya selera..Adakah kita masih di takuk lama @ berusaha untuk mengubah nasib diri kita kpd yg lebih baik dan baik lagi..

Sama-samalah kita renungkan bersama..rencana yg x seberapa ini aku tuliskan untuk diriku sendiri supaya tak mudah lupa diri tentang siapa kita ?.. dan untuk mengingati setiap detik,saat dan waktu bahawa dunia nie di pinjam kan kpd diri kita sementara saje..

Sunday, January 24, 2010

RataHan Kedua Pasukan Dari SelaTan Oleh PaHlawan MeraAh!!!..Lebah GaGGal Sengat The Red Warrior..

B.Sathianathan dilihat membuat beberapa rombakan barisan kesebelasan utamanya, dan seperti di war-warkan, Halim Napi diturunkan selaku penjaga gol utama bagi menggantikan Syed Adney yang direhatkan bagi memulihkan kembali semangat pemain itu selepas insiden melakukan kesilapan "budak sekolah" yang membawa padah kepada pasukan. Syed Adney sendiri mengakui beliau masih tertekan dengan keadaan itu selain dicemuh oleh penyokong dan tindakan merehatkan beliau untuk sementara waktu adalah satu tindakan yang wajar agar beliau dapat kembali beraksi dengan lebih cemerlang.
Di bahagian pertahanan, B. Sathianathan mengekalkan gandingan Azizi Mat Rose dan S.Subramaniam di bahagian pertahanan tengah sementara Dausu Jamaludin beraksi di posisi pertahanan kanan. Tempat Farisham di pertahanan kiri diambil alih oleh Zairul Fitri. Di bahagian tengan, gandingan Shakir dan Piya ditagih untuk menjana serangan pasukan dibantu oleh ketua pasukan Indra Putra di bahagian sayap kiri. Kembalinya Norfarhan dari kecederaan, beliau kembali merampas posisi sayap kanan dari S.Chanthuru dan beraksi cemerlang pada malam itu. Di bahagian serangan, B.Sathianathan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha bergandingan dengan Hairudin Omar.
Bermulanya separuh masa pertama, Kelantan melakukan serangan seawal minit pertama dengan lorongan Hai-O gagal disambar Norshahrul. Tidak berputus asa, Kelantan meneruskan asakan demi asakan ke pintu gol Johor FC yang dikawal oleh G.Jeevanatham, dan akhirnya Kelantan berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-18 melalui rembatan Norshahrul Idlan Talaha berpunca dari lontaran kedalam Azizi Mat Rose. Keadaan kelam kabut itu diambil kesempatan oleh Norshahrul untuk mudak menolak masuk bola ke gawang Johor FC. Tersentak dengan itu, Johor FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-19 jaringan Mohd Riduan Muin hasil gerakan cantik serangan balas ke kubu Kelantan yang dikawal Halim Napi. Sejurus itu, Kelantan terus menerus melancarkan serangan ke gawang Johor FC namun gagal mencari gol.
Pada masa kedua, Kelantan terus mengasak kubu Johor FC, dan hasilnya, Azizi Mat Rose meletakkan Kelantan dihadapan melalui satu tandukan cantik hasil "set-piece" dari Piya. Tidak cukup dengan itu, Kelantan terus mengasak dan sekali lagi melaui "set-piece" Piya, mengakibatkan keadaan kelam kabut di pintu gol Johor FC dan Indra Putra berjaya menyudahkan peluang yang terhidang. Selepas mendahului selesa 3-1, B.Sathianathan mengeluarkan Norshahrul Idlan Talaha digantikan S.Chanthuru dan Khairan Eroza mengantikan Shakir Shaari. Kemasukan S.Chanturu merancakkan lagi serangan pasukan "The Red Warriors" dan hasilnya larian cantik S.Chanthuru yang melorongkan bola kepada Norfarhan berjaya disudahkan Norfarhan untuk gol ke-4 bagi melengkapkan malam gemilang pasukan "The Red Warriors". Kemenangan itu, secara tidak langsung menggembirakan lebih 18,000 penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pasukan. Kehadiran penyokong yang penuh etika, patut dipuji dengan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.


Tan Sri Annuar Musa ternyata gembira dengan aksi cemerlang pasukan "bintang" The Red Warriors dan kemenangan itu mengembalikan  keyakinan penyokong terhadap pasukan. Mengulas mengenai ketiadaan Syed Adney dalam pasukan, Tan Sri berkata ; "Syed Adney direhatkan buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada Syed untuk memulihkan kembali semangatnya. Syed masih penjaga nombor satu pasukan. Kembalinya Halim Napi adalah untuk menguatkan lagi pasukan. Tiada beza antara penjaga gol nombor satu, dua dan tiga, kesemua mereka perlu bersaing untuk merampas posisi selaku penjaga gol utama pasukan. Ini secara tidak lansung mewujudkan persaingan sihat dalam pasukan untuk merebut posisi."

Diminta mengulas keseluruhan perlawanan, B.Sathianthan berkata ; "saya berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pasukan yang berjaya mengutip mata penuh. Walaubagaimanapun, persembahan pasukan masih belum mencapai apa yang diimpikan. Masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Gol-gol yang dihasikan pada malam ini berpunca dari "set-piece" dan hanya satu gol melalui gol padang iaitu jaringan Farhan." Bila diminta mengulas prestasi Halim Napi di posisi penjaga gol, beliau berkata ; "Dengan melepaskan satu gol dan tidak menyelamatkan satu pun percubaan, saya tidak boleh katakan Halim Napi bermain dengan baik kerana beliau tidak diuji oleh barisan serangan Johor FC." Baginya, kembalinya Halim Napi kedalam pasukan berjaya memberi keyakinan moral kepada pasukan untuk kembali beraksi dengan baik. Syed Adney pula beraksi cemerlang untuk 3 perlawanan sebelumnya tetapi oleh kerana sedikit kesilapan, ianya membawa padah kepada pasukan dan menimbulkan kemarahan penonton. Beliau terpaksa direhatkan buat sementara waktu bagi memulihkan semangat untuk kembali beraksi.

Kelantan bermain lebih baik berbanding Johor FC. Segala percaturan kami tidak menjadi. Kelantan juga dibantu oleh penyokong yang cukup ramai dan membuat pasukan rasa gemuruh"

Thursday, January 14, 2010

Cerita Bola ... Malaysia Super League ..KElate Vs Johore

Kota Bharu, 13 JAN 2010 - Kelantan mancatat kemenangan pertama dalam pertemuan TM Liga Super 2010 dengan membenam cabaran Johor 3-0. Dengan menyenaraikan kesebelasan yang sama ketika bertemu Terengganu, pasukan Kelantan dilihat mendominasi perlawanan. Seawal minit ke-2, Akmal Rizal Rakhli meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Johor. Gol itu berpunca dari gerakan cantik Badri Radzi yang ternyata beraksi cemerlang pada malam ini. Tersentak dengan gol awal Kelantan, Johor cuba bangkit dengan mengatur beberapa serangan balas namun barisan pertahanan Kelantan yang diketuai Azizi Mat Rose beraksi cemerlang dengan menidakkan segala serangan dari Johor. Selepas mendahului 1-0, pasukan Kelantan dilihat memperlahankan tempo permainan. Kesilapan-kesilapan pemain pasukan Kelantan dalam melakukan hantaran dilihat menjadi punca tempo permainan sedikit perlahan. Diminit-minit akhir separuh masa pertama, larian cantik Akmal Rizal disekat oleh penjaga gol Johor yang dilihat menjatuhkan Akmal Rizal dengan memegang kaki penyerang Kelantan itu. Namun, pengadil menafikan penalti yang sepatutnya dimiliki oleh pasukan Kelantan.




Pada separuh masa kedua, B.Sathianathan memasukkan penyerang bawah 23 tahun kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bagi menggantikan S.Chanturu. Kemasukan Norsharul dilihat mengubah tempoh permainan dan menambah sengat di bahagian serangan. Hasilnya, Kelantan memperoleh gol kedua pada minit ke-49 hasil "volley" menarik dari bekas ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi. Badri ternyata beraksi cemerlang apabila sekali lagi gerakan beliau berjaya disudahkan oleh Indra Putra Mahyudin untuk gol ketiga Kelantan pada minit ke-57.



Selepas itu, permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun deretan peluang gagal disudahkan oleh barisan serangan kedua-dua pasukan. Kemenangan mutlak berjaya diraih oleh pasukan yan bergelar "The Red Warriors" dengan 3 mata penuh diraih di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Kemenangan ini ternyata menggembirakan lebih 20 ribu penyokong yang hadir ke stadium yang tidak henti-henti meberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Friday, January 8, 2010

GunzS!!

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky,
You and I